Wednesday, September 24, 2008

Niat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera......

Alhamdulillah....dalam aku duk sibuk dengan mengusahakan rancangan aku di samping membuat persiapan raya (jumaat balik kampung!!!!),aku masih berkesempatan untuk menulis blog nih.

Niat?Kenapa aku pilih nak tulis pasal niat?.....Dalam kehidupan harian,segala apa yang kita buat mesti lah dengan niat.Niat nak pergi kerja,niat nak masak,niat nak tidur dan macam-macam lah dan yang penting niat nak balik kampung...:) (tak sabar nak raya)

Bagi aku,niat kita yang ikhlas dalam melakukan sebarang aktiviti amatlah penting kerana dengan niat yang ikhlas lah kita akan mendapat keredhaan-Nya.Jangan ler kita cuba pasang niat untuk mendapat ganjaran atau balasan selepas melakukan sesuatu kerja.Sebab itu,apabila sesuatu perkara yang tidak diingini terjadi pada diri kita,jangan lah sesekali marah pada keadaan (perkara yang tidak diingini) tersebut,tetapi tanya pada diri kita,apa niat kita?betul tak niat kita?....Aku sendiri sentiasa berpesan pada diri sendiri supaya sentiasa memasang niat yang ikhlas dalam membuat sebarang kerja.

Ingat,keikhlasan itu penting dan amat bermakna.

'Keikhlasan perlu ada dalam sesuatu yang kita kejar dan kemurnian dalam perasaan kita'

No comments: